SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK BUKIT TUNGGAL

Thursday, 7 February 2013

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Salam hormat. Pada hari Khamis, 7 Februari 2013 telah diadakan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah. Majlis dimulakan dengan bacaan selawat diikuti dengan perarakan murid-murid bersama dengan guru-guru, kaki tangan sekolah, ajk PIBG dan pekerja swasta mengikut laluan di sekitar kampung berdekatan dengan sekolah.
            Selain daripada berarak, beberapa aktiviti telah dijalankan seperti  pertandingan mewarna, bacaan selawat dan ceramah. Ketika berlangsungnya aktiviti sempena sambutan Maulidur Rasul, ajk masakan yang terdiri daripada guru-guru, kaki tangan sekolah dan pekerja swasta sedang sibuk membuat persiapan masakan untuk hidangan makanan tengah hari kepada semua warga SKBT. 








AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN SELEPAS PERARAKAN


Murid-murid tahap 2 (tahun 4,5 dan 6) sedang mendengar ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah.





PERTANDINGAN MEWARNA








PERSIAPAN UNTUK HIDANGAN MAKANAN TENGAH HARI OLEH AJK MASAKAN
(GURU, KAKITANGAN SEKOLAH DAN PEKERJA SWASTA)





















                 Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga SKBT yang telah menjayakan program sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah.


DISEDIAKAN OLEH AJK DOKUMENTASI SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2013

0 comments:

Post a Comment