Menghidupkan dan Menghayati Malam Lailatul Qadar
24hb Ogos 2011 pukul 3.17 pagi
أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
Segala
puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia
Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah
menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat
yang dirahmati Allah,
‘Ubadah
bin as-Shamit berkata: “Bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam keluar
akan memberitahukan tentang Lailatul Qadr, lalu ada dua lelaki di antara kaum
muslimin bertengkar maka baginda bersabda: “Sesungguhnya aku keluar untuk
memberitahukan kalian tentang Lailatul Qadr. Tetapi sesungguhnya si Fulan dan
si Fulan bertengkar sehingga diangkatlah (ilmu tentang waktu Lailatul Qadr).
Namun mudah-mudahan hal itu lebih baik bagi kalian. Carilah Lailatul Qadr pada
malam tujuh, sembilan dan lima (yang terakhir).” (Hadis riwayat Bukhari).
Dalam
riwayat yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : “Aku keluar untuk mengkhabarkan
kepada kamu berkenaan Lailatul Qadar, tetapi ada dua orang sedang berselisih
sehingga pengetahuan berkenaannya tidak diberikan. Mudah-mudahan ini lebih baik
bagi kamu, carilah di malam 29, 27, 25 (dan dalam riwayat lain, pada malam ke
tujuh, sembilan dan lima).” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/232))
Kita
sama-sama telah berada pada puasa yang ke 24 dan pada malam ini kita berada
pada malam ke 25 Ramadan. Ini bermakna pada malam ini kita berada pada malam
ganjil ke 3 dan ada 2 lagi malam ganjil yang mana baginda SAW menyatakan bahawa
Lailatul Qadar berada pada malam-malam ganjil.
Berdasarkan
hadis riwayat Bukhari di atas secara khusus Nabi SAW menjelaskan bahawa
Lailatul Qadar kemungkinan besar berada di dalam malam ke 25, 27 dan 29.
berbandiang malam ke 21 dan 23.
Oleh
itu saya berpesan pada diri saya sendiri dan kepada kalian semua anggaplah
malam ini (25 Ramadan) seolah-olah malam Lailatul Qadar dan buatlah
persiapan serapi mungkin kerana jika jatuh Lailatul Qadar pada malam ini
sungguh besar ganjarannya di sisi Allah SWT. Segala amal ibadah, solat fardu
dan solat terawih, solat tahajjud, berdoa dan munajat, zikir, bacaan al-Quran,
sedekah dan amal-amak soleh yang lain fadilatnya lebih baik daripada 1000
bulan. Maksud lebih baik daripada 1000 bulan adalah amalan kita
kebaikannya melebihi 1000 bulan.
Pada
malam Lailatul Qadar turun para malaikat rahmat dan membawa rezeki dan
mendoakan kesejahteraan orang mukmin yang sedang beribadah dan
berikhtikaf di masjid.
Doa
pada malam itu mustajab di sisi Allah SWT dan terbuka pintu-pintu langit. Turun
rahmat Allah SWT mencurah-curah bagaikan hujan , amat rugilah sesiapa yang
mensia-siakan malam yang penuh berkat ini dengan tidur atau melakukan perbuatan
yang tidak berfaedah.
Antara
kelebihan Lailatul Qadar ialah malaikat yang berada di Sidratul Muntaha turun
ke bumi dengan izin Allah pada malam itu. Sidratul bererti pokok bidara
manakala Muntaha ialah sempadan iaitu sempadan sebelah atas langit, selepas
langit yang ke tujuh. Semasa peristiwa Isra’ Mikraj, malaikat Jibril hanya
boleh menghantar Rasulullah s.a.w. hingga setakat pokok bidara ini sahaja.
Firman
Allah SWT maksudnya : [13] Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah
melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi, [14] Di
sisi “Sidratul-Muntaha”; [15] Yang di sisinya terletak Syurga
“Jannatul-Makwa”.(Surah an-Najm ayat 13-15)
Bermula
solat magrib berjemaah, selepas itu perbaharui niat-niat yang baik untuk
membela agama Allah SWT, menegakkan Islam dan melaksanakan amar makruf nahi
mungkar, perbanyakkan berdoa minta kebaikan di dunia dan akhirat dan minta
dijauhi oleh Allah SWT daripada seksaan api neraka. Dan juga berdoa dengan doa
yang diajarkan Nabi SAW kepada Aisyah "Allaahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul
‘afwa fa’fu ‘annii (wahai Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, Engkau suka
memaafkan, maka maafkanlah daku).
Nabi
SAW bersabda maksudnya : “Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan
penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah
lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan
mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas.” (Riwayat
Bukhari dan Muslim)
Malam
itu tidak panas dan tidak sejuk dan pada paginya matahari naik tidak banyak
cahayanya kerana banyak malaikat turun naik pada malam itu:
Dan
dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wa Sallam bersabda:“Malam al-Qadar adalah malam yang indah penuh kelembutan,
cerah, tidak panas dan tidak juga dingin. Manakala pada keesokan harinya sinar
mataharinya kelihatan melemah kemerah-merahan.” (Hadis Riwayat ath-Thayalisi
(394), Ibnu Khuzaimah (3/231), al-Bazzar (1/486) dan sanadnya hasan)
Nabi
SAW bersabda maksudnya : “Pagi hari (setelah) Lailatul Qadar, matahari terbit
tidak menyilaukan (tanpa sinar), seakan-akan ia bejana sehinggalah ia
meninggi.” (Hadis riwayat Muslim (762))
Dalam
Mu’jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa’ daripada Rasulullah
S.A.W telah bersabda yang maksudnya : "Malam Lailatul Qadar bersih, tidak
sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak
bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya
padanya(suram)."
Sahabat
yang dimuliakan,
Marilah
sama-sama kita menghidpkan malam ini dan baki malam yang lain dihujung
Ramadan ini dengan amalan yang bersungguh-sungguh. Jangan leka dan buang masa
sia-sia kerana Ramadan yang akhir inilah yang menentukan kedudukan kita disisi
Allah SWT samaada kita menjadi orang mukmin yang bertakwa atau seorang muslim
yang berdosa di sisi Allah SWT.
Ibadah
puasa kita dan seluruh amal ibadah kita akan dinilai dan digandakan oleh Allah
SWT tanpa batas kerana malaikat tidak mampu mencatat pahala puasa yang ikhlas
kepada Allah SWT. Kebaikan malam Lailatul Qadar melebihi 1000 bulan itu juga
sesuatu yang tidak mampu dicatatkan oleh malaikat berapa jumlah pahalanya
kerana yang akan menilai dan memberikan pahala adalah Allah SWT.
Pasted
from <https://www.facebook.com/notes/abu-basyer/menghidupkan-dan-menghayati-malam-lailatul-qadar/10150427226041040>





0 comments:
Post a Comment