SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK BUKIT TUNGGAL

Sunday, 25 September 2011

Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) "Peranan Guru, PIBG dan Majlis Keselamatan Negara Dalam Menangani Masalah Gejala Sosial Masa Kini".

     Pada hari Sabtu, 24 September 2011 telah di adakan Kursus LDP anjuran Jawatankuasa LDP SKBT dengan kerjasama PIBG dan Majlis Keselamatan Negara. Kursus yang di adakan di Gem Beach Resort ini dihadiri oleh guru-guru, kaki tangan dan PIBG Sk Bukit Tunggal seramai 100 orang. Sesi pendaftaran peserta bermula pada pukul 8.00 hingga 8.30 pagi.

Pengisian kursus ini terdiri daripada berikut:-


a)  Slot 1 - 8.00 pagi hingga 10.00 pagi
     - Pengurusan Disiplin Pelajar oleh Tn. Hj. Syukur Bin Awang.
b)  Slot 2 -11.00 pagi hingga 1.00 petang
     - Isu-Isu Keselamatan Negara Masa Kini - Keselamatan dan Survival Negara Masa kini oleh Hj. Ahmad  Redza Bin Hj. Arshad, Penolong Setiausaha (Penerangan), Majlis  Keselamatan Negara, Negeri Terengganu. Jabatan Perdana Menteri.
 c)  Slot 3 - 2.30 petang hingga 4.30 petang
     -  Protokol dan Etiket Sosial ( Hj. Othman Bin Abdullah )
 d)  Majlis Penutup - 4.30 Petang


Gambar-Gambar Sekitar Kursus LDP Di Gem Beach Resort .

Pendaftaran dan Slot 1


Sesi pendaftaran guru-guru dan staf sokongan sebelum berkursus

      Pn. Fauziah Ismail selaku pengerusi majlis ( penyelaras program ) sedang  berucap dan mengalu-alukan kehadiran semua guru dan staf sokongan.
                                        


    Guru-guru dan staf sokongan sedang tekun mendengar tentang "Pengurusan Disiplin Pelajar"oleh Tn. Hj. Syukur Bin Awang


               Tn. Hj. Syukur Bin Awang sedang menyampaikan slot 1 yang berkaitan dengan  "Pengurusan Disiplin Pelajar".



Md. Rahim Bin Mamat, Tuan Guru Besar menyampaikan cenderahati kepada Tn. Hj. Syukur Bin Awang
                                          

                              

               Pengisian slot 1 berkaitan dengan "Pengurusan Disiplin Pelajar" yang disampaikan oleh oleh Tn. Hj. Syukur Bin Awang. Beliau menegaskan bahawa semua guru adalah guru disiplin dan di antara perkara-perkara yang diperjelaskan adalah seperti berikut:-

         a)  Suasana yang sepatutnya diwujudkan di sekolah - iklim di sekolah, peraturan sekolah, tatasusila
              profesion.
         b)  Prosedur tindakan disiplin di sekolah.
         c)  Tatacara menyelesaikan masalah disiplin.
         d)  Hukuman yang ditegah.
         e)  Langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak sekolah.
          f)  Tanggungjawab Pengetua/ Guru Besar.
         g)  Cadangan mengatasi mengatasi disiplin pelajar.
         h)  Jenis-jenis hukuman.


Slot 2 -  Keselamatan Dan Survival Negara Masa Kini Oleh Hj. Ahmad Redza Bin Hj Arshad, 
Penolong Setiausaha (Penerangan), Majlis Keselamatan Negara, Negeri Terengganu. Jabatan Perdana Menteri.



Tn. Hj. Khairuddin bin Ahmad selaku pengerusi majlis Slot 2





Hj. Ahmad Redza Bin Hj. Arshad, Penolong Setiausaha (Penerangan), Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu. Jabatan Perdana Menteri sedang menyampaikan slot 2 - "Keselamatan Dan Survival Negara Masa Kini.


Md. Rahim Bin Mamat, Guru Besar SKBT menyampaikan cenderahati kepada Hj. Ahmad Redza Bin Hj. Arshad

       Pengisian Slot 2 ini adalah mengenai "Keselamatan Dan Survival Negara Masa Kini". Permulaannya dipaparkan tayangan slaid yang berkaitan dengan pelbagai bentuk bencana alam. Bencana alam yang dimaksudkan seperti gempa bumi, letusan gunung berapi, tsunami dan lain-lain lagi. Ekoran daripada bencana alam ini melumpuhkan ekonomi sesebuah negara tersebut.
       Seterusnya diberitahu secara ringkas sejarah penubuhan Majlis Keselamatan Negara dan peristiwa-peristiwa ancaman keselamatan dulu dan kini serta pelbagai bentuk ancaman.


  Slot 3 - "Protokol Dan Etiket Sosial" yang disampaikan oleh Hj. Othman Bin Abdullah.

YM. Raja Anuar Bin Raja Sulung selaku pengerusi majlis Slot 3 

                      
Hj. Othman Bin Abdullah sedang menyampaikan slot 2 yang berkaitan dengan "Protokol Dan Etiket Sosial"

                                                                                                                                        




Md. Rahim Bin Mamat, Guru Besar SKBT sedang menyampaikan ucapan kepada semua guru dan staf sokongan di majlis penutup Kursus LDP
     

Md. Rahim Bin Mamat, Guru Besar SKBT menyampaikan cenderahati kepada Hj. Othman Bin Abdullah.

              Pengisian Slot 3 adalah berkaitan dengan susunan bendera dan gambar serta aspek pakaian bagi lelaki dan wanita (penjawat awam). Seterusnya diberitahu tentang penampilan dalam majlis rasmi. Empat perkara utama semasa di majlis iaitu tingkah laku, budi bahasa, imej sosial dan keyakinan diri juga gaya yang baik.

             Akhir kata, bersesuaian dengan prinsip perkembangan profesional berterusan (CPD), usaha lebih berkesan melalui Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) perlu digembleng bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan guru terlatih di SKBT secara berterusan untuk membangunkan diri menghadapi perubahan pendidikan.
                 



0 comments:

Post a Comment