Tujuan ataupun objektif bengkel ini di adakan untuk meningkatkan lagi kemahiran proses teknik dan baik pulih buku. Selain daripada itu adalah untuk mengetahui cara-cara memproses dan baik pulih buku dengan kaedah yang betul. Seterusnya dapat menghargai buku dan menjaganya dengan baik.
Slot 1 bengkel dimulakan dengan penerangan tentang proses teknik buku yang disampaikan oleh Puan Azizah Binti Yusof yang mengajar di SK Kampung Tengah, Kuala Terengganu. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam proses teknik buku.
Tn. Hj. Khairuddin selaku pengerusi majlis menyampaikan ucapan penghargaan kepada PK Ko-Kurikulum, penceramah - Puan Azizah Binti Yusof, AJK perpustakaan dan pustakawan yang hadir ke bengkel proses teknik dan baik pulih buku.
YM. Raja Anuar Bin Raja Sulong membacakan doa sebelum bengkel dimulakan.
Pn. Wan Nooriah selaku guru perpustakaan @ media sedang menyampaikan ucapan sempena bengkel proses dan baik pulih buku.
Pn. Azizah sedang menerangkan cara-cara untuk memproses buku dengan kaedah yang betul.
Puan Wan Nooriah memberikan penerangan garis panduan yang betul untuk proses baik pulih buku.
satu usaha yang murni ni...teruskan wahai cikgu
ReplyDelete