Slot 1, guru-guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diberi penerangan tentang jenis bahan buku, pengelasan bahan buku - Sistem pengelasan Dewey, lokasi bahan buku dan cara penggunaan bahan buku beserta dengan akiviti penggunaan oleh guru perpustakaan @ media SKBT. Slot 2 dikendalikan oleh Puan Nazlihah Binti Nawi. Beliau memberi penerangan kepada guru-guru tentang saluran rancangan yang terdapat dalam ASTRO dan jadual penggunaan bilik media.
Wednesday, 13 June 2012
Bengkel Penggunaan Pusat Sumber Sekolah
Salam hormat. Bengkel Penggunaan Pusat Sumber Sekolah telah di adakan di Pusat Sumber Sekolah ( Perpustakaan ) pada 13 Jun 2012 untuk semua guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Tujuan utama bengkel di adakan adalah untuk memberi pendedahan kepada guru-guru agar dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan bahan-bahan yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah. Kepelbagaian bahan yang digunakan oleh guru akan dapat menarik minat murid untuk sesi pembelajaran khususnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment