Salam hormat. Pada hari Ahad, 29 Julai 2012 telah di adakan penyampaian hadiah kepada murid-murid yang telah berjaya dalam peperiksaan Pra-UPSR. Menurut Ustaz Ahmad Rahimi Awang selaku penyelaras tahun 6, seramai 182 orang pelajar akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Bagi keputusan peperiksaan Pra-UPSR baru-baru ini daripada 182 orang pelajar yang menduduki peperiksaan, seramai 103 orang pelajar lulus semua mata pelajaran. Seterusnya, Ustaz Ahamd Rahimi menyatakan bahawa target pelajar 5A - UPSR 2012 adalah seramai 35 orang.
Seramai 7 orang pelajar mendapat 5A, 11 orang pelajar mendapat 4A 1B dan 13 orang pelajar mendapat 3A 2B berdasarkan keputusan peperiksaan Pra-UPSR baru-baru ini. Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang berjaya dan kepada pelajar-pelajar lain teruskan berusaha untuk turut sama mencapai kejayaan yang cemerlang.
Calon 5A, 4A 1B dan calon yang telah meningkat prestasi dari setiap kelas tahun 6 bergambar bersama Tuan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan 1. |
0 comments:
Post a Comment