SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK BUKIT TUNGGAL

Wednesday, 8 May 2013

Perspektif Guru Penyayang

Renungan Bersama;

1.Mencintai Profesion Penguruan

Setiap guru mesti mempunyai perasaan mencintai profesion penguruan yang disandang olehnya. Mereka sepatutnya memiliki sifat keikhlasan, kesetiaan dan pengorbanan yang mendalam terhadap profesion keguruan. Guru penyayang berkemampuan menjana proses pembelajaran dan pengajaran agar menarik dan memaku minat murid memiliki sifat-sifat sebagai mu’allim. Murabbi, mu’addib, mudarris dan mursyid yang sentiasa komited untuk melahirkan murid berkualiti.

2.Amanah
Amanah merupakan tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang diberikan kepercayaan kepadanya supaya dapat melaksanakan seperti yang dituntut tanpa mengabaikannya. Hal ini selari dengan hadir Rasulullah SAW. “Wahai Abu Zarsesungguhnya engku ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah, ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya”. Dari sudut undang-undang pendidikan, guru menggalas peranan sebagai ganti ibu bapa, iaitu in loco parentis. Walaupun begitu, konsep berkenaan terhad kepada langkah berjaga-jaga (the duty of care) supaya tidak berlaku sebarang kecuaian (negligence) yang boleh mendedahkan pihak sekolah kepada tindakan mahkamah.
3.SabarGuru Penyayang memiliki tahap kesabaran yang tinggi dalam menghadapi segala rintangan dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Guru mesti sabar menyampaikan ilmu dan kemahiran kepada setiap murid secara adil tanpa diskriminasi. Kesabaran guru mendidik sudah pasti menarik murid untuk menghormati guru.

4.Komited
Guru penyayang mesti sanggup berkorban masa, tenaga dan pemikiran malah termasuk wang ringgit dalam menunaikan tanggungjawab dengan ghairah, bersungguh-sunggu serta penuh keikhlasan. Segala komitmen yang dicurahkan oleh mereka merupakan suatu ibadah.
Kasih seorang guru kepada muridnya seumpama kasih ibu bapa terhadap anak-anaknya. Sifat ini perlu dizahirkan menerusi kesungguhan mereka dalam melaksanakan aktiviti pendidikan yang memberikan pengalaman pembelajaran terbaik kepada murid supaya menjadi amalan dalam meningkatkan kualiti kehidupan dunia dan akhirat. Dalam konteks komunikasi sewajarnya perkataan yang dilafazkan oleh guru mestilah bagaikan butir-butir mutiara yang sangat berharga. 

 5.Pengasih Guru penyayang amat mengambil tahu perkembangan setiap murid di bawah jagaan mereka. Guru mesti mengenali latar belakang, potensi, kesihatan dan tahap keupayaan murid dalam menerima proses pembelajaran dan pengajaran yang disampaikan oleh mereka. 

6.Cakna
Kecaknaan akan menjadikan seseorang guru amat disenangi dan dikasihi oleh muridnya.

7.Kesederhanaan
Dalam Islam, kesederhanaan dikaitkan dengan “wasatiyyah” yang bermaksud “pertengahan” dan ditafsirkan sebagai perseimbangan, cemerlang dan adil. Sebagai guru penyayang mereka dituntut agar mencorakkan murid-murid dengan sifat kesederhanaan dan kejujuran supaya murid belajar tentang kejujuran, etika dan moral, belajar menjadi dirinya, saling mengasihi dan bertoleransi.

8.Berhemah
Guru penyayang harus berhemah dalam konteks bukan sahaja mengajar sesuatu ilmu, bahkan membentuk sahsiah dan peribadi murid ke arah kehidupan yang berkualiti dan bermakna. Guru Berhemah bukan sahaja perlu benar-benar mahir dengan ilmu yang ingin disampaikannya, malah beliau sendiri perlu menjadi ikon yang boleh dicontohi oleh muridnya. Sifat-sifat terpuji yang perlu ada pada seorang guru penyayang termasuk bijaksana, berhikmah, wara’, baik hati dan bertimbang rasa. Sewaktu pengajaran murid bukan sahaja dicurahkan ilmu, bahkan dapar ‘menyerap’ aura positif pendidiknya.

9.Kreatif
Kreatif bermakna proses pemikiran yang mendorong dalam merealisasikan idea baru. Guru penyayang hendaklah sentiasa berusaha memikirkan sesuatu idea yang baru terutamanya dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang boleh menarik minat murid. Amalan kreativiti ini akan mendorong murid menjadi seorang yang kreatif.

10.Inovatif Sufean Hussin (2001) dalam kertas kerjanya pada Seminar Dasar dan Pengurusan Pendidikan menyatakan inovatif bermaksud pembaharuan, modifikasi atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu atau memenuhi cita rasa tertentu atau memenuhi pasaran tertentu.
Guru Penyayang hendaklah sentiasa membuat inovasi dalam proses pembelajaran dan pengajaran mereka agar setiap murid berminat dan dapat memahami, menaakul serta menghayati perkara ayang disampaikan oleh guru secara mudah dan berkesan.
Sesuatu yang mendorong seseorang untuk melahirkan keupayaan diri secara efektif dan berkesan dan berupaya mendatangkan perubahan yang ketara. Guru penyayang melayan murid umpama pelanggan perkhidmatan pendidikan terpenting yang dilihat secara suci hati. Guru penyayang umpama “bintang pujaan” yang menjadi idola dalam kalangan anak didik mereka. Guru penyayang sentiasa bergerak dalam landasan yang tepat bagi menolong merangsang murid menuju puncak jaya dalam kehidupan duniawi dan ukhrawi.
MURID BERKUALITI

11.Sumber Inspirasi
Unsur Intelek mengandungi aspek-aspek berikut termasuklah hikmah iaitu ilmu yang boleh membawa kepada kemakmuran, daya pemikiran yang kreatif dan inovatif, daya pemikiran yang logik dan analitis serta ilmu yang bermanfaat.
Murid berkualiti mesti memiliki unsur-unsur yang merangkumi aspek-aspek keyakinan terhadap Tuhan dan kepercayaan beragama.
Murid berkualiti mempunyai emosi yang merangkumi aspek-aspek seperti kemantapan jiwa, penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat, berbudi pekerti mulia serta berbakti dan berkorban.
Murid berkualiti mempunyai perwatakan yang memenuhi ciri-ciri unsur jasmani iaitu kecergasan fizikal dan kesihatan diri, dapat menggunakan anggota dan tenaga fizikal sendiri untuk berdikari dan hidup bermasyarakat.
Murid berkualiti juga memiliki pelbagai kemahiran bagi memudahkan mereka bergaul dalam masyarakat luar. Antara ciri sosial termasuklah kemahiran berkomunikasi, kemahiran ikhtiar hidup, mesra dan hormat menghormati serta memiliki pelbagai kemahiran yang berbentuk ‘soft skill’

1.Intelek
2.Rohani
3.Emosi
4.Jasmani
5.Sosial


















0 comments:

Post a Comment