Alhamdulillah...segala puji bagi Allah swt,selawat dan salam keatas junjungan besar baginda saw dan keluarga serta para sahabat baginda.
Syukur kehadrat Ilahi dengan izinnya pada tahun ini pelbagai program yang diatur sempena ramadan dapat dijalankan dengan jayanya. Bermula dengan tadarus al Quran dikalangan guru dan murid yang telah khatam al Quran, solat hajat & Sunat dhuha setiap pagi. Diikuti pula dengan bacaan Yasin dan Mathurat di surau sekolah.
Kemuncak dengan itu juga pihak sekolah dengan kerjasama Panitia Agama Islam dan j-QAF Sk Bukit Tunggal telah berjaya mengadakan acara kemuncak majlis penutup bagi program Pelancaran Ihya' Ramadan yang telah disempurnakan pada hari Khamis 1 Ogos 2013 lalu. Majlis tersebut turut diisi dengan khatam al quran yang melibatkan semua guru dan murid yang dijalankan didataran terbuka sekolah. Manakala pada jam 11 pagi pula turut diadakan ceramah Nuzul Al Quran yang disampaikan oleh al Fadhil Ustaz Tuan Harun Tuan Cob bagi kategori murid lelaki bertempat di Dewan Ibnu Khaldun. Manakala murid perempuan pula dikendalikan oleh Ustazah Aisyah Ahmad di surau sekolah.
0 comments:
Post a Comment