SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK BUKIT TUNGGAL

Sunday, 29 December 2013

Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan Panitia Bil 1/2014

Salam hormat. Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah (JKS) sebagai peneraju utama dalam menggerakkan pengajaran dan pembelajaran di SKBT telah diadakan pada hari Ahad (29.12.2013) pada pukul 9.00 pagi. Tuan Guru Besar selaku pengerusi struktur organisasi kurikulum sekolah mengharapkan agar semua guru dapat melaksanakan sesuatu pekerjaan yang dipertanggungjawabkan seperti aur dengan tebing. Seterusnya jangan bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.



Guru Penolong Kanan 1 (Timbalan Pengerusi) selaku pengerusi mesyuarat telah mengemukakan empat agenda penting yang berkaitan dengan pengurusan kurikulum sekolah iaitu:-

                    1.  Panitia
                    2.  Pusat Sumber Sekolah
                    3.  Peperiksaan
                    4.  Lain-lain.

Seterusnya Che Ghazali bin Mamat (GPK 1) memberi penerangan tentang pelan strategik, taktikal dan operasi. Untuk memotivasikan murid dan kecemerlangan SKBT, setiap panitia dikehendaki membuat "banner". "Banner" tersebut akan diselaraskan dari segi saiz untuk keseragaman.





Untuk memantapkan program NILAM di sekolah semua murid yang masuk ke perpustakaan semasa penggunaan perpustakaan (kelas) diwajibkan membawa buku NILAM bersama.

Beberapa agenda telah dibincangkan dengan panjang lebar dan sebagai penutup mesyuarat JKS, Guru Penolong Kanan1 mengharapkan semua guru berpakat dan buat kerja bersama-sama secara ikhlas untuk kemajuan SKBT, Insya Allah.        


                                   Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Bil 1/2014





Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu telah diadakan pada hari Ahad, 29.12.2013 selepas mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Puan Aima Binti Selamat selaku ketua panitia Bahasa Melayu mempengerusikan mesyuarat tersebut. Beberapa agenda penting telah dibincangkan termasuklah format untuk menulis ringkasan mengajar supaya terdapat keseragaman semasa menulis dalam buku rekod mengajar untuk mata pelajaran Bahasa Melayu.

*****************
 Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris Bil 1/2014



                                                                                 

Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris juga telah diadakan selepas mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Puan Hajah Norziah Binti Mohd Noor selaku ketua panitia Bahasa Inggeris mempengerusikan mesyuarat. Beberapa agenda penting telah dibincangkan bersama ajk untuk memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris.

0 comments:

Post a Comment